Monday, September 5, 2011

Mencari Rumah Idaman

Umur dah bertambah, kerja dah lama, next step adalah invest harta kekal... kalau tunggu lagi, alamatnya sampai ke pencen takda rumah sendiri. Dalam banyak2 aset, aset yang tak akan turun nilai adalah hartanah dan emas. Emas tak minat, maka, mulalah mencari rumah. For me, faktor yang penting :
  1. Harga
  2. Lokasi
  3. Rekod Pemaju
  4. Persekitaran / Kejiranan
  5. Rekabentuk rumah / Keluasan
Harga
Memandangkan aku ini kerja kerajaan, maka adalah kelayakan untuk mohon Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan. Syarat untuk dapat kemudahan ini :
  • Lantikan tetap
  • Telah Disahkan Dalam Perkhidmatan
Harga rumah pula hendaklah disesuaikan dengan kelayakan pinjaman. Asas kelayakan pinjaman ini adalah berdasarkan gaji pokok. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu memangku, elaun memangku boleh diambil kira untuk kelayakan pinjaman dengan syarat pegawai itu memangku untuk tujuan naik pangkat.

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1

6,500 dan ke atas

450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499

320,000
3
2,500 ke 2,999

280,000
4
2,000 ke 2,499

255,000
5
1,500 ke 1,999

205,000
6
1,200 ke 1,499

168,000
7
1,000 ke 1,199

130,000
8
800 ke 999

105,000
9

799 dan ke bawah

80,000
 * sah sehingga post ini ditulis ya. ;)
Segala maklumat mengenai Pinjaman Perumahan Kerajaan sekarang ini semua di hujung jari anda melalui website : http://bpp.treasury.gov.my

Lokasi

Kerja  kat KL, nak cari landed property di KL dengan kelayakan di atas memang mustahil. Demi keselamatan dan keselesaan keluarga yang bakal dibina nanti (chewahh) maka, ku gagahkan juga mencari landed property di pinggir KL. Antara area yang pernah dipertimbangkan :

  • Sg Buloh : Saujana Utama / Desa Coalfield
  • Kajang - Semenyih
  • Nilai / Bandar Baru Bangi / Bandar Seri Putra
  • Seri Kembangan - Puchong
  • Pajam
  • Sepang - Bandar Enstek - Dengkil
 Area yang paling aku suka adalah Nilai dan Bandar Seri Putra. Pemaju kat Nilai Impian adalah Sime Darby Property , dan Bandar Seri Putra adalah UM Land. Apa yang buat aku suka area ini adalah tak jauh sangat berbanding Kuala Lumpur dan community kat sini nampak macam medium income professional dan yang penting ramai bumiputra dok sini (aku bukan racist).. haha...

Sg Buloh/Semenyih dah tolak tepi memandangkan trafik untuk berulang pergi kerja akan menyebabkan aku jadi super bitchy. Lagipun area ini nampak agak gloomy with unfriendly neighbourhood (perasaan aku jer kot).

Sepang / Bandar Enstek tak jauh dari Putrajaya.. tetapi area ini pun agak secluded.

Pajam : LEKAS Highway memang sangat convenience, tetapi bagi aku area ini jauh dari tempat2 yg urban.

Rekod Pemaju

Semasa cari rumah, aku adalah generasi yang buat research melalui internet. Kalau pemaju tu ada website sendiri, lengkap dengan design dan penyata syarikat dan track record, maka, memang kurang risau untuk membeli rumah. Banyak kawan-kawan yang telah ditipu, bayaran ansuran dah mula potong gaji, tapi tiang pagar rumah pun tak nampak lagi. Aku ni bukan orang kaya, duit yang ada mampu beli sebijik ni je la rumah. Maka, kalau pemaju yang takda website, email pun email yahoo, secara automatiknya  aku dipsycho untuk tak percaya pemaju tu. Setakat ini pemaju yang kira rekod selamat (bagi yg majukan rumah range kemampuan aku) adalah Sime Darby, UM Land, Seri Pajam , IJM Land dan Glomac. Kalau SP Setia and Lion Group dan Mah Sing tu semua kluarkan high rise building  dan high end properties. Kalau mampu suatu hari nanti, nak gak merasa beli rumah SP Setia, macam istana dalam taman... sigh...

Persekitaran

Bagi aku yang nak beli rumah untuk tinggal sendiri, kejiranan amat penting bagi aku. Jarak dengan sekolah, taman, kedai, hiburan adalah penting. NAnti dah ada anak-anak, biarlah pergi sekolah dekat, senang aku perhambat kalau ponteng.. hihi... kedai (at least ada shopping compleks) yang berdekatan pun penting juga. Tak kurang juga tempat utk leisure spt cinema, bowling, park, sport center pun penting. Dan tidak lupa jarak dari hospital, balai polis, balai bomba dan tempat beribadat.


Rekabentuk


Tak tahulah citarasa anda, tetapi saya memilih untuk mendapatkan landed property, at least double storey and lot size minimum 20x70ft. Kenapa landed property? Supaya aku boleh parking kat dalam rumah, boleh tanam serai, bunga, cili, boleh barbeku dengan kawan2, boleh ternak kucing, boleh cuci kereta di halaman, boleh jemur carpet, boleh anak2 main di halaman, dan macam-macam lagi yang tak boleh dibuat di flat, apartment atau kondo.

No comments:

Post a Comment