Friday, May 25, 2012

Grill Rumah

Satu keperluan asas sesuatu rumah sekarang adalah grill. Grill ni lebih kepada keselamatan berbanding perhiasan (bagi aku la). Normally ada 3 jenis bahan untuk grill iaitu besi biasa atau wrought iron atau stainless steel. Paling murah besi biasa, diikuti wrought iron and paling mahal stainless steel. Bagi golongan kayo-rayo.. ada bermacam choice lagi, ada yang ada plat deco aluminium, kayu kayan dan sebagainya. Bersesuaian dengan budget aku yang ciput ni, pilihan aku sah2 la besi biasa. Rumah biasa2 sahaja, kalau ada orang nak kopak, stainless steel tu pun bukan kalis perompak sangat. (ayat menyedapkan hati).. haha. .

Untuk grill ni aku dapatkan 3 quotation 1Malaysia. Satu daripada Uncle India di Labu, satu daripada Abang Melayu di Sendayan dan satu daripada Tokey Cina di Senawang. Uncle India, hasil kerja (sample) nampak elok, senang berurusan, quote RM4300 utk satu rumah, design bunga sikit2, cat macam ala2 wrought iron. Abang Melayu ni besi biasa, takda design (besi lurus sahaja), satu rumah RM4000. Lambat pulak tu panggil datang appointment. Tokey Cina ni quote design bunga2 sikit, yard belakang grill penuh, sekali dengan autogate RM4300.

Maka, aku ambikla Tokey ni. Detail quotation grill dia sebenarnya RM3000 utk grill, autogate RM1200 dan RM100 untuk tukar hinge gate kepada ballbearing. Hasilnya :



Yard belakang grill penuh, ruang untuk washing machine. Ni grill sebelum cat.




















Main Door. Ain't the butterfly cute?
Sliding Door Bawah : waktu ambik gambar dah gelap. ;)
Overall, aku sangat puas hati dengan hasil kerja tokey ni. Senang berurusan. Siap dapat lock St.Guchi dan plet nombor rumah free :
Nombor asal letak kat situ jugak... ;)





6 comments:

  1. Salam..boleh minta contact number yg buat grill ni?TQ..

    ReplyDelete
  2. boleh kasik contact number juga???

    ReplyDelete
  3. Dayang / Heyrie,

    Minta maaf, dah bersawang blog ni.. lama x buka. Untuk grill itu boleh contact Kenny (Hung Yep Foundry) : 019-6612926 / 012-682 2926. Dia ada facebook juga kalau nak tgk gambar2 hasil kerja dia : Hung Yep Iron Foundry ;) thanks for dropping by..

    ReplyDelete
  4. thanks for the info.. tu la tgk taun 2012 punya post.. tapi sebab cantik sangt tanye je la.. naseb tuan tanah sudi reply...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww, thank you. ;)
      Dulu I set up the blog untuk share info pasal reno work ni. Sebab I faham betapa susahnya nak cari info dulu. Tapi due to work burden, lupa pulak nak share. Thanks to you i push myself to publish the Plaster Ceiling post. Heheh

      Delete
    2. hahaha...nice... baru pas bace pasal plaster ceiling nih... tenkiu2

      Delete